Friday 27 April 2012

PROGRAM ANAK ANGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH SPU...27 APRIL 2012

Ketua Unit Akademik PPD-Encik Mohd. Nazri bersama anak-anaknya.
Puan Azlin memberi penerangan kepada anak-anaknya.

En. Halim Noor menunjukkan sesuatu yang perlu diberi perhatian.

En. Mohd. Zaki pakar peperiksaan.Mungkin ada tips yang boleh dikongsi bersama.

Tuan Haji Zulkifli Yahaya, orang kuat Unit Peperiksaan PPD pun tidak ketinggalan memberi nasihat.

Puan Mazlida mengkaji hasil usaha anak-anaknya dalam UPTP1 yang lalu.

Ustaz Sobri,Penyelia Agama Islam.Mungkin ada amalan-amalan dan doa-doa yang boleh diamalkan.

Puan Noraziah, Penyelia Bahasa Inggeris memberi petua"How To Make English Easy"

Encik Zainudin Abdul-Pakar Bahasa dan Motivasi.Dah insaf pun anaknya yang seorang tu.

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2012-25 APRIL 2012











Saturday 14 April 2012

PASUKAN BOLA SEPAK SK KAMPONG TO ‘ BEDOR CATAT KEJUARAAN BERGANDA


Pasukan bola sepak SK Kampong To’ Bedor bergambar bersama Dato’Ahmad bin Darus selepas majlis penyampaian hadiah.

Selepas sebulan menjuarai Kejohanan Piala Perpaduan Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Pulau Pinang,Sekolah Kebangsaan Kampung To’ Bedor ,Tasek Gelugor terus mempamerkan kecemerlangannya dengan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Majlis Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSSPP)Zon Kepala Batas  Bawah 12 Tahun yang berlangsung pada 12 April 2012 di padang SK Hashim Awang,Kepala Batas dengan mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor dengan jaringan 1-0.
Muhammad Aiman bin Mohd. Zaidi muncul  wira pasukan apabila jaringannya di minit 21 mengesahkan kejuaraan edisi 2012 milik SKKTB.
Hadiah-hadiah pada petang itu disampaikan oleh Dato’Ahmad bin Darus,Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012....14 APRIL 2012






























PROFILE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO' BEDOR

SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah ...