Saturday 11 February 2012

Wednesday 8 February 2012

PROGRAM JAYAWARIS PERTAMA 2012

3 Februari 2012-Program Jayawaris Pertama telah diadakan pada sebelah malam di mana program tersebut telah menemukan pihak ibu bapa murid-murid Tahun 6 dengan pihak sekolah bagi membincangkan dan menerangkan program-program dan perancangan-perancangan yang dirancangkan oleh pihak sekolah dan
PIBG bagi membantu murid-murid yang bakal menduduki UPSR memperoleh keputusan cemerlang.
Pada malam tersebut juga murid-murid dan ibu bapa diberi suntikan motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Haji Khairol Fitri bin Kiraman dari SMA Daeratul Maarifah Wataniah(DMW) Kepala Batas.






LAWATAN UNIT AKADEMIK PPD SEBERANG PERAI UTARA

1 Februari 2012-Unit Akademik PPD SPU telah mengadakan lawatan ke SKKTB diketuai oleh Ketua Unit Akademik PPD SPU,En. Mohd Nazri bin Bahari bersama 9 orang pegawai bertujuan membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid dalam UPSR dan kecemerlangan P&P.
Antara perkara yang dibincangkan bersama pentadbir dan guru-guru tahun 6 ialah analisa headcount,program-program peningkatan akademik,pengurusan panitia dan lain-lain lagi.Encik Nazri mengumumkan bahawa SKKTB telah dipilih oleh pihak PPD sebagai anak angkat untuk program peningkatan akademik PPD SPU terutama dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah dalam keputusan UPSR 2012.
Guru Besar,En.Mohd Suib dalam ucapannya amat berterima kasih dan bersyukur kerana pihak PPD SPU sudi mengambil SKKTB sebagai anak angkat dalam program tersebut.Beliau juga menyatakan bahawa pihak sekolah akan memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan program tersebut berjaya.



PROFILE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO' BEDOR

SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah ...