Monday 28 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN PADA 29 JAN 2013 ,DISEMPURNAKAN OLEH EN. SHAMSUDIN BIN OTHMAN,PENGERUSI JKKKP KG TO' BEDU.

Bacaan Doa oleh Ustaz Abd Aziz

En. Shamsudin bersama Tuan Guru Besar dan Guru Bimbingan

En. Mohd. Noor sebagai Juru Acara.

Ucapan Oleh En. Shamsudin

Upacara Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan


Ibubapa yang hadir menandatangani borang penerimaan wang RM 100

Antara ibu bapa yang hadir.

Wednesday 2 January 2013

SK KAMPUNG TO'BEDOR SEKOLAH RINTIS PERLAKSANAAN PROGRAM i-THINK TAHUN 2013

Apa itu Program i Think?
Program i think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Keperluan Program i Think:
Dapatan melalui (Needs Analysis) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Pihak Yang Bertanggugjawab:
1. Agensi Inovasi Malaysia (AIM),dipengerusikan oleh YAB PERDANA MENTERI
2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perunding:
Pihak AIM melantik perunding KESTREL EDUCATION (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i Think.

Kaedah Perlaksanaan :
1. Kursus i Think kepada Pasukan Pemandu Sekolah Rintis &semua guru Sekolah Rintis
2. Perlaksanaan Rintis Program i Think di 10 Sekolah Rintis
3. Perlaksanaan Penuh Program i Think di semua SR dan SM(secara berperingkat)

Alat Berfikir Yang Akan Diperkenalkan
1. Thinking Maps
-akan diperkenalkan terlebih dahulu.
2. habits of mind
3. Thinking Hats
4. QMatrix Charts

Perluasan Program i Think
1. 1000 buah sekolah  2013
2. Semua sekolah pada 2014

LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN(PPPM)

Tempoh Perlaksanaan (13 Tahun)

  • 2013 -2015(Gelombang /Fasa 1)
  • 2015-2020 (Gelombang/ Fasa 2)
  • 2021-2025 (Gelombang / Fasa 3)
2. Mengandungi 5 Aspirasi Sistem
  • AKSES- 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada pra hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
  • KUALITI - Negara dalam kelompok 1/3 teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
  • EKUITI - 50% pengurangan dalam jurang pencapaian(Bandar,Luar Bandar,Sosioekonomi,Gender)menjelang tahun 2010.
  • PERPADUAN - Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
  • KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia`ada. 
3. Mengandungi 6 Aspirasi Murid
  • PENGETAHUAN
  • KEMAHIRAN BERFIKIR
  • KEMAHIRAN MEMIMPIN
  • KEMAHIRAN DWIBAHASA
  • ETIKA DAN KEROHANIAN
  • IDENTITI NASIONAL
4. Mengandungi 11 Anjakan
Terdapat 11 anjakan utama dalam PPPM yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa:
  • MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
  • MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BEBAHASA INGGERIS
  • MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
  • TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
  • MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRETASI TINGGI DITEMPATKAN DI SEKOLAH
  • MENGUPAYA JPN,PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
  • MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
  • MENTRAFORMASI KEBOLEHAN UPAYAAN DAN KAPASITI PENYANPAIAN KEMENTERIAN
  • BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA,KOMUNITI,DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS.
  • MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
  • MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MM1)

Apa itu Masa Instruksional?
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.Masa instruksional perlu dilindungi.
MMI melibatkan 4 elemen:
1. Masa Persekolahan(Allocated schooling time):Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time): Jumlah masa murid berada dalam kelas(tidak termasuk waktu rehat,pertukaran kelas,waktu makan tengah hari dan lain-lain)
3. Masa Instruksional(Instructional Time):Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(tidak termasuk gangguan,pengurusan rekod dan lain-lain)
4. Masa Pembelajaran Akademik(Academik learning time):Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.

Cadangan Strategi Perlaksanaan
1. Strategi Jangka Pendek (2012- 2013)-
    Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa intruksional merujuk arahan/pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan empowerment kepada pemimpin sekolah berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.
2. Strategi Jangka Panjang (2012-2015)-

  •     Mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah. 
  •    Meningkatkan kualiti intruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan   membangun,melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan profesional learning community(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru berasaskan sekolah yang lebih kontekstual merujuk masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru serta mendapat sokongan pemimpin
  • Meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah/negeri.

KURSUS PENDEDAHAN i-THINK UNTUK GURU-GURU SKKTB-2 JANUARI 2013

















PROFILE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO' BEDOR

SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah ...