Wednesday, 2 January 2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MM1)

Apa itu Masa Instruksional?
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.Masa instruksional perlu dilindungi.
MMI melibatkan 4 elemen:
1. Masa Persekolahan(Allocated schooling time):Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time): Jumlah masa murid berada dalam kelas(tidak termasuk waktu rehat,pertukaran kelas,waktu makan tengah hari dan lain-lain)
3. Masa Instruksional(Instructional Time):Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(tidak termasuk gangguan,pengurusan rekod dan lain-lain)
4. Masa Pembelajaran Akademik(Academik learning time):Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.

Cadangan Strategi Perlaksanaan
1. Strategi Jangka Pendek (2012- 2013)-
    Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa intruksional merujuk arahan/pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan empowerment kepada pemimpin sekolah berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.
2. Strategi Jangka Panjang (2012-2015)-

  •     Mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah. 
  •    Meningkatkan kualiti intruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan   membangun,melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan profesional learning community(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru berasaskan sekolah yang lebih kontekstual merujuk masalah pembelajaran murid yang dihadapi oleh guru serta mendapat sokongan pemimpin
  • Meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah/negeri.

No comments:

Post a Comment

PROFILE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO' BEDOR

SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah ...