SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah yang didirikan di sebidang tanah yang berkeluasan 11.253 ekar di dalam Kampong Tok Bedu.Sekolah ini berada dibawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah Utara.
Sekolah ini mempunyai tiga blok yang menempatkan 23 buah bilik darjah dan pra sekolah, sebuah makmal komputer, sebuah makmal Kemahiran Hidup, sebuah surau,
PERSEKITARAN SEKOLAH
SK Kampong To’ Bedor terletak di dalam kawasan kampong yang dikelilingi sawah dan bendang dan ladang kelapa sawit yang menghijau. Penduduk di kawasan ini kebanyakan bekerja sendiri dan hidup dalam keadaan yang sederhana. Manakala murid murid sekolah ini terdiri daripada anak anak penduduk Kampong To Bedor, Kubang Menerong, Pokok Jenerih, Kampong Tasek, Ayer Melintas Kecil, Ayer Melintas Besar, Pokok Macang, Taman Perda Indah, Taman Bertam Putra dan sejumlah kecil daripada luar kawasan.
Bilangan murid di sekolah ini semakin meningkat dari setahun ke setahun kerana terdapat pembinaan kawasan perumahan baharu di persekitaran sekolah.
LOKASI SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
PENUBUHAN SEKOLAH
SK Kampong To’ Bedor mula didirikan mula didirikan pada 4 JANUARI 1946. Nombor Pendaftaran Sekolah ialah 198. Beberapa orang terkenal di Kampong Tok Bedor dan Kampong Baharu telah berusaha untuk mendirikan sebuah sekolah di kampong ini atas kesedaran mereka bahawa pelajaran adalah sesuatu keperluan yang penting untuk kehidupan yang sempurna
PENGASAS SEKOLAH
Sekolah ini telah diasaskan oleh tiga orang penduduk Kampong To Bedor iaitu
1. Tuan Haji Musa b. Said ( Iman Masjid )
2.Encik Salleh b. Mat ( Ketua Kampong )
3. Haji Awang b Haji Ismail ( Imam Masjid )
PEMBINAAN SEKOLAH
Pada 6 Januari 1946, sebuah sekolah berbentuk bangsal panjang telah didirikan di tapak sebuah tanah wakaf. Bangunan asal ini dibina berdindingkan buluh dan atap rumbia. Bangku dan mejanya diperbuat daripada batang kelapa yang dipotong dan beralaskan papan.
Setelah bangunan asal ini rosak dan lusuh, sebuah bangunan baharu didirikan pada tahun 1948 berbekalkan bantuan kerajaan sebanyak $ 5,700, bagi menggantikan asal di tapak asal iaitu wakaf masjid.
Pada tahun 1959,Satu usaha telah dijalankan bagi mendapatkan tapak baharu untuk dibina bangunan baharu yang lebih baik. Dan akhirnya pada tahun 1961, kerajaan telah meluluskan sebuah tapak seluas 2.ekar 1 rod untuk didikan sebuah bangunan sekolah yang baharu yang lengkap dengan kemudahan untuk anak anak penduduk Kampong To’ Bedor.
Bermulalah SK Kampong To’ Bedor dengan sebuah bangunan konkrit yang mempunyai sebuah pejabat, 4 buah bilik darjah dan sebuah stor. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Khan , selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada 8 hb Mac 1963
Pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan 2 tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, 1 bilik Pusat Sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah surau, sebuah bilik guru, sebuah pejabat dan Bilik Guru Besar dan tandas telah dibina.
Pada tahun 2002, kerajaan telah meluluskan sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat di tapak sedia ada bagi menampung pertambahan bilangan murid akibat daripada pembinaan projek perumahan yang ada di kawasan sekitar Kampong To’ Bedor. Projek pembinaan bangunan tersebut telah dimulakan dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 30 April tahun 2004. Bangunan tersebut telah menyediakan kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik guru yang lebih luas, makmal sains , bilik pejabat, bilik seni, bilik tayang, pusat sumber , bilik pemulihan, bilik SPBT dan 7 buah kelas.
Pada tahun 2008, YAB Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 115,000 bagi membina bumbung Tapak Perhimpunan sekolah diantara Blok B dan Blok C.
Pada Tahun 2009, kerajaan telah meluluskan kerja kerja naiktaraf kantin sekolah sedia ada kepada kantin yang lebih luas bagi menampung keperluan selaras dengan pertambahan jumlah murid semasa itu.
Pada tahun 2010 sebuah makmal komputer telah didirikan untuk kegunaan murid
SK Kampong To’ Bedor dan terdapat banyak lagi kemudahan yang dinaiktarafkan bagi menjamin keselesaan murid ketika belajar.
Pada 19 Jun 1981,Terdapat usaha dan permohonan untuk menukarkan nama sekolah ini kepada tiga pilihan nama yang dicadang dan dibahaskan dalam mesyuarat Agung PIBG. Nama nama yang dicadangkan ialah
1. Sekolah Kebangsaan Sinar Seri
2. Sekolah Kebangsaan Bakat Budiman
3. Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
4. Sekolah Kebangsaan Fajar Tuah,
Namun demikian surat permohonan yang dihantar ke Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mendapat maklumbalas bahawa Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan nama nama yang dicadangkan kerana ia didapati tidak memberi gambaran sebuah sekolah bantuan penuh.
ENROLMEN PERTAMA SEKOLAH
Guru pertama yang mula bertugas di sekolah ini ialah
1. En Embi b. Ahmad dari SK Ara Rendang
2. En Bakar b Abdullah dari SK Tasek Gelugor
Bilangan murid adalah seramai
Murid kecil 52 orang ( Lelaki 28, Perempuan 24)
Murid besar 29 orang ( Lelaki 23 Perempuan 6 )
Jumlah keseluruhan seramai 81 orang
SENARAI JAWATANKUASA DIDIKAN SEKOLAH YANG PERTAMA
Pada tahun 28 hb April 1946, Sebuah Jawatankuasa Didikan Sekolah telah ditubuhkan bagi membantu melancarkan pengurusan sekolah.
Beberapa orang penduduk telah dilantik , mereka ialah :
1. Penasihat En Saleh b. Mat
2. Pengerusi : En Awang b Ismail
3. Setiausaha En Sulaiman b Imis
4. Pen. Setiausaha En Din b Lebai Man
5. Bendahari En Jusoh bt Mat Aris
6. Pemeriksa Kira kira En Ahmad b Abdullah
7. Pen. Pemeriksa Kira Kira En Don b Awang
8. Ahli Jawatankuasa En Awang b Mat
Lebai Awang b Din
En Ab. Rahman b Din
En Ariffin b Md. Isa
En Ahmad b. Saad
SENARAI GURU BESAR SK KAMPONG TO’ BEDOR:
1 EN. EMBI BIN AHMAD 06.01.1946 - 02.01.1949
2 YUSOP B. MD ISA 03.01.1949 - 31.01.1956
3 SAID B SIRUN 01.02.1956 - 31.04.1957
4 SAAD B HASSAN 01.05.1967 - 31.04.1969
5 DARUS B AB MAJID 01.05.1969 - 31.12.1977
6 DARUS B ISHAK 04.01.1978 - 31.12.1979
7 ISMAIL B. MAHMUD 01.01.1980 - 25.01.1984
8 YAHAYA B DIN 26.01.1984 - 15.12.1984
9 ISHAK B HJ AWANG 16.12.1984 - 31.03.1986
10 OMAR B. REJAB 01.04.1986 - 31.08.1987
11 ABDUL KADIR B OMAR 01.09.1987 - 31.10.1989
13 MOHD. NOOR B. AYUB 01.04.1994 - 30.03.1994
14 MOHAMAD NOOR B DARUS 01.04.1994 - 30.07.2000
15. SAIDIN B HAMID 31.07.2000 - 5.06.2004
16. ZAITON B. YAHAYA 16.04.2004 - 5.12.2004
17. ZALILA BT IDRIS 16.12.2004 - 31.03.2011
18. MOHD SUIB B HJ HASHIM 01.04.2011 - 01.08.2015
19 JAMALIAH BT KARIM 01.08.2015 - SEKARANG
No comments:
Post a Comment