Saturday 14 April 2012

PASUKAN BOLA SEPAK SK KAMPONG TO ‘ BEDOR CATAT KEJUARAAN BERGANDA


Pasukan bola sepak SK Kampong To’ Bedor bergambar bersama Dato’Ahmad bin Darus selepas majlis penyampaian hadiah.

Selepas sebulan menjuarai Kejohanan Piala Perpaduan Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Pulau Pinang,Sekolah Kebangsaan Kampung To’ Bedor ,Tasek Gelugor terus mempamerkan kecemerlangannya dengan menjuarai Kejohanan Bola Sepak Majlis Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSSPP)Zon Kepala Batas  Bawah 12 Tahun yang berlangsung pada 12 April 2012 di padang SK Hashim Awang,Kepala Batas dengan mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor dengan jaringan 1-0.
Muhammad Aiman bin Mohd. Zaidi muncul  wira pasukan apabila jaringannya di minit 21 mengesahkan kejuaraan edisi 2012 milik SKKTB.
Hadiah-hadiah pada petang itu disampaikan oleh Dato’Ahmad bin Darus,Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas.

No comments:

Post a Comment

PROFILE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TO' BEDOR

SK KAMPONG TO’ BEDOR adalah sebuah sekolah yang terletak didalam Parlimen Kepala Batas (P41) berdekatan pekan Tasek Gelugor. Sebuah sekolah ...