Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini,saya dan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampung To' Bedor dengan rendah diri memohon jutaan kemaafan kepada semua guru-guru,staf sokongan,pekerja sekolah,PIBG,ibu bapa,murid-murid dan pembaca blog ini jika terdapat kesalahan,terkasar bahasa,tersinggung perbuatan dan sebagainya.
Saya juga mendoakan agar semua pihak dapat menyambut hari raya Aidil Fitri dengan jiwa yang tenang,penuh kesyukuran dan kegembiraan di samping keluarga dan sahabat tercinta.Semoga perjalanan balik ke kampung sentiasa dilindungi Allah S.W.T.Yang pastinya saya mengingatkan diri saya dan anda semua,ziarahilah pusara,doa dan sedekahkanlah sekurang-kurangnya Al Fatihah kepada Allahyarham/Allahyarhamah ibubapa kita dan ahli keluarga yang telah tiada.Semoga mereka diRahmati-Nya dan berada di samping ruh orang-orang yang beriman.Dan bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa,pulanglah....dapatkan keampunan ibu bapa sementara mereka masih ada.
Akhir kalam,saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Mohd. Suib bin Haji Hashim
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung To' Bedor